Buy a copy now! Free shipping worldwide.

Buy your copy here: http://www.3people.org/millionairemother/?p=62

Please email your shipping address to millionaire-mother-book AT 3people DOT org or pepperlim@gmail.com.

Free shipping worldwide

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Macam Mana Mak Saya Jadi Jutawan – Book Review by Miss Cloudy

Original article here: http://cloudymonday.blogspot.com/2010/04/macam-mana-mak-saya-jadi-jutawan.html

Sunday, April 18, 2010

Cik Cloudy baru (last week) habis baca buku nih.. well dari cover pun dah tau la kan buku tu pasal apa.

Macam-macam petua nak jadi jutawan yg Pepper Lim share, cerita-ceritanya of course mcm tajuk dia la.. rahsia mcm mana mak dia yg hanya cikgu sekolah boleh jadi jutawan..

Macam mana cikgu sekolah boleh jadi jutawan? Semestinya tidak dengan gaji sebagai guru sahaja. Mak Pepper Lim ni kaki bisnes.. mcm2 bisnes yg dia buat… dari jual barang hinggalah buat pusat tuisyen utk students dia.

Selain dari tips2 pasal bisnes, byk la Pepper Lim citer pasal attitude n sikap mak dia, jadi nya utk jadi jutawan, kita kena berbuat baik kat orang, jangan suka gaduh ngan orang, peka dengan keadaan sekeliling, suka bantu org, jangan berkira sangat,

Well… siapa yg biasa baca buku2 jenis macam memang dah biasa la dengan segala mcm yg dia cakap pasal mak dia tu… tapi still bagus la kita baca buku-buku mcm ni walaupun kadang2 benda yg sama je dok ulang2 tapi dalam cara yg berbeza.. bagus sebab kita kan mudah lupa..

Pepper Lim tade lah citer secara terperinci (buku lain pun mcm tu gak kan) setiap langkah utk jadi jutawan, tapi dia citer attitude yg mcm mana membolehkan kita jadi jutawan. So, secara ringkas nyer:

nak jadi jutawan kena buat bisnes,
nak jadi jutawan kena ada sikap yg positif dlm semua aspek kehidupan, kena proaktif, kena berhati baik, kena suka tolong orang, etc lah..
nak jadi jutawan tak perlu hidup dgn sangat bermewah2
nak jadi jutawan kena beli hartanah bila bisnes dah berkembang

antaranya itu lah…

so… it’s a good book… tapi it’s not the best book la.. sebab it got kindda of boring gak sebab semua nyer citer pasal.. mak saya… mak saya… (well dah tajuk dia pun pasal mak dia kan.. hehe)

anyway… worth the read la.. tapi utk beli buku nih tak la kot.. cukup sekadar pinjam kat library.. sorry yer En. Pepper Lim.. I’m just giving my utmost sincere opinion. Maybe for other they can give 5 stars la, but for me 2 stars je la… tapi tak nyesal la baca buku nih…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

4-Stars Review by Puasha

SECRETS of How My Mother Became a Millionaire karya Pepper Lim termasuk dalam senarai buku paling laris pada awal Ogos tahun ini.

SECRETS of How My Mother Became a Millionaire karya Pepper Lim membawa pembaca mendalami rahsia kejayaan ibu penulis sebagai seorang jutawan dan diselangi dengan nasihat berguna bagi memungkinkan pembaca mengikut jejak langkahnya dalam era globalisasi yang serba mencabar ini. Meskipun buku ini termasuk dalam kelompok motivasi, tetapi pengarangnya memanfaatkan teknik penceritaan dalam usahanya menyelamatkan pembaca daripada masuk dalam kepompong kebosanan selain menyulamnya dengan kata-kata pujangga bagi mendorong mereka menyelami rahsia kejayaan ibunya.

Berbekalkan latar pendidikan yang sederhana dan memegang citra ibu pada usia muda, ibunya membesarkan dua anak yang masih kecil sambil memikul beban besar kerana suaminya ketika itu melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Bagaimanapun, sifat berjimat cermat dan sederhana yang diamalkan keluarganya sedikit sebanyak meringankan beban yang dihadapinya dan antara faktor penyumbang kepada kejayaan ibunya sehingga mampu tampil sebagai seorang jutawan.

Selain itu, buku ini turut memberi kesedaran kepada pembaca mengenai keburukan sikap suka berhutang yang semakin menular dalam masyarakat Malaysia kerana ia silap hari bulan akan menjerat diri sehingga sesetengahnya memilih untuk bunuh diri bagi melepaskan diri daripada beban hutang.Antara petua menarik yang diselitkan pengarang ialah bagaimana ibunya memulakan perniagaan dengan menggunakan modal kecil sambil disokong oleh perancangan padu bagi memastikan sesuatu perniagaan yang dilaksanakan berhasil seperti diharapkan.

Buktinya, ibu penulis turut melakukan pelaburan berisiko rendah dan perniagaan secara kecil-kecilan untuk keluar daripada belenggu kemiskinan sebelum berjaya merealisasikan impiannya untuk tampil sebagai usahawan berjaya lagi disegani. Penulis tertarik dengan kisah yang diselitkan pengarang kerana ia mampu memberi motivasi dan inspirasi kepada pembaca bahawa setiap keazaman yang disertai usaha keras serta dilakukan perancangan terperinci pasti akan membuahkan hasil.

Karya ini bukan saja memberi pengertian mengenai cara menghasilkan duit semata-mata, malahan ia turut mengajak pembaca untuk mengenal erti pengorbanan setiap ibu bapa serta kepentingan pertalian kekeluargaan dalam kehidupan manusia.Kesusahan yang dilalui oleh keluarga penulis dengan tidak mengamalkan gaya hidup mewah walaupun berkemampuan, berjaya menyentuh emosi pembaca walaupun teknik penceritaan tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. Secara luaran, buku ini penulis masukkan dalam kategori motivasi selain dipenuhi dengan nasihat berguna kepada pembaca, meskipun ada kalanya buku ini dirasai seolah-olah biografi kehidupan seorang jutawan wanita sebelum berjaya.

INFO: Secrets of How My Mother Became a Millionaire

  • Pengarang: Pepper Lim
  • Tebal: 169 halaman
  • Penerbit: Gui Management Centre
  • Harga: Tidak dinyatakan
  • Bintang: ****


Pepper Lim penulis buku motivasi.

PEPPER Lim memulakan kerjayanya dalam bidang perniagaan sebagai jurujual, tetapi berkat kegigihannya, berjaya membuka syarikat perniagaan dan bekerjasama dengan beberapa syarikat besar selain giat memberi ceramah motivasi untuk orang ramai.

Beliau banyak meluangkan masa untuk membaca pelbagai buku motivasi di samping membuat penyelidikan terhadap langkah untuk berjaya dalam bidang perniagaan selain menulis berdasarkan pengalamannya bersama-sama ibunya dalam mengharungi cabaran dunia perniagaan.
Penulis ini berjaya membuktikan bahawa buku motivasi turut mendapat tempat di hati pembaca apabila Secrets of How My Mother Became A Millionaire berjaya termasuk dalam senarai buku paling laris pada awal Ogos tahun ini.
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Radio Interview

My mother was interviewed on BFM radio station on 23 January 2009 at 10.00am. For those of you who missed the interview (like my entire family. Gah!), BFM will put up the podcast soon. I’ll inform you when they do. Meanwhile, you can surf to www.bfm.my for a look!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

It's on the best-sellers list!!!

MPH Bookstore just told me my book made the best-sellers list for local authors!!! How impressive is that!!!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Review at Personal Money magazine

I received a review in Personal Money Magazine. Page 20. If you have been following my mother’s advice to save money, you can read the review right here!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Out on the shelves now!

The book is finally out on the bookstore shelves. My friend Lai Choo picked one up at MPH 1Utama.

Last week when I met with the Sales Mgr. of MPH Dist., she told me books are sent to the stores on a weekly basis and it would take them a few days to sort and display new titles. I also found my book in the MPH website. Funny enough, if you buy the book from the website, they offer 15% discount. http://www.mph.com.my/search/nsearch.cfm?do=detail&pcode=9832816130

Posted in Uncategorized | Leave a comment